Wednesday, 8 June 2016

MENGAPA ADA ORANG LEBIH BERJAYA DARI KITA ? 


 Walhal umurnya sama dengan kita.

~ Duit banyak. 
~Hidup bahagia.
~ Dapat menyumbang lebih banyak bakti.

Apa kurangnya kita..?

Apakah rahsia sebenar kejayaan mereka...?

Semua orang mengidamkan wang yang banyak, dapat bergembira dengan isteri dan anak2, sihat tubuh badan dan sangat dikenali dalam masyarakat..

Sebahagian dari kita pernah menikmatinya ataupun berusaha untuk memperolehi impian2 itu. Bagaimana dengan mereka yang tidak berusaha, akan malang lah nasib mereka. Boleh dianggap golongan -golongan tersebut sedang berada di  'kepulauan nanti'

Mereka selalu berkata, "Nanti saya akan selesaikan membaca novel itu", Nanti saya sambung pembelajaran saya ke peringkat tertinggi", "Nanti saya akan sembahyang lima waktu berjemaah di masjid"...nanti,nanti,nanti..

Mereka kerap memikirkan perkara2 yang bagus, tetapi bertangguh bagi memulakannya....mereka akan terus menanti di kepulauan nanti...seterusnya mereka akan dijangkiti dengan "barah alasan" Apabila fikiran telah diserang dengan "barah alasan " sukar untuk mereka berjaya.

Syarat pertama untuk berjaya adalah dengan membebaskan diri daripada 'kepulauan nanti' dan mengubati "barah alasan" Tidak perlu lagi mencipta alasan. Kita perlu melakukan sesuatu dan melakukannya sekarang.

Bersambung.....


Tarawih 20 rakaat – Bohong besar dengan nama Imam Bukhari 

– Dr Maza




Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menempelak sesetengah pihak yang cuba mewajibkan solat tarawih 20 rakaat, sedangkan sarjana Islam berbeza pendapat mengenai jumlah rakaat ibadah tersebut.
Dalam catatannya di Facebook, Asri berkata tidak perlu keterlaluan dalam menunaikan solat yang didirikan pada malam Ramadan itu.
“Lebih melampau lagi apabila berbohong dengan menyatakan bilangan 20 rakaat itu diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Itu adalah pembohongan yang besar,” tulis Asri.
Masjid di Perlis biasa mengamalkan solat tarawih 8 rakaat, berbeza dengan kebanyakan masjid seluruh negara yang mengamalkan 20 rakaat.
“Kita tidak patut berbalah soal 8 ataupun 20 rakaat itu. Orang yang solat tarawih 8 rakaat bukan semestinya dia berpegang dengan fahaman tertentu, tetapi mungkin juga kerana dia sibuk, keletihan dan seumpamanya.
“Janganlah kita menolak pahala solat tarawih orang lain atas sikap fanatik dan ekstrimisme kita,” tulis Asri.
Menurutnya, istilah tarawih itu sendiri mula digunakan selepas zaman Nabi Muhammad, dan cara solat sunat itu didirikan pula berbeza-beza dari segi jumlah rakaat.
“Di Perlis, secara rasmi solat tarawih 8 rakaat dan 3 witir. Pun begitu tidak pernah kita menyatakan salahnya solat tarawih 20 rakaat itu.” – Free Malaysia Today